Perak Hari Ini

Pengusaha Bas & Van Tuntut Penjelasan

IPOH: Seramai 13 Pengusaha perkhidmatan bas dan van di sebuah kilang eletronik dekat Klebang menuntut  ganti rugi dan siasatan menyeluruh terhadap pihak berkenaan susulan penamatan kontrak perkhidmatan yang dilaksanakan secara mengejut sehingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Menurut salah seorang pengusaha berkenaan, Aminah Syed Kamaruddin perkhidmatan bas dan van yang disediakan oleh pihaknya kepada pengilang berkenaan sejak 13 tahun telah berhenti serta merta berikutan pekerjanya telah bertukar syarikat setelah ditawarkan dengan gaji yang lebih lumayan.

“ Pemandu yang bekerja dengan saya telah berhenti kerja dan kini bekerja dengan pihak pengusaha yang baharu dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh pihak  saya ,” katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan pemandu yang bekerja dengan pengusaha perkhidmatan bas dan van sebelum ini juga  telah memilih untuk bekerja dengan pengusaha yang telah mendapat kontrak perkhidmatan bagi kilang tersebut.

PERAKTODAY2

“Hampir 30 orang pemandu telah melarikan diri dan bekerja dengan pengusaha yang baharu,” katanya.

Aminah turut berharap tindakan sewajarnya dapat diambil termasuklah pembayaran ganti rugi bagi tempoh tiga bulan yang dianggarkan sejumlah  RM24,000 .

Seorang lagi pengusaha mendakwa  hasil siasat yang dilakukan dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati bahawa syarikat baharu berkenaan tidak memiliki permit dan lesen yang sah kerana hanya memiliki permit laluan bagi Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah sahaja, bukannya laluan di Ipoh.

PERAKTODAY3

“Pihak SPAD perlu siasat kerana kebanyakan kenderaan mereka hanya mempunyai permit laluan bagi Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, pihak pengusaha hanya mengetahui pembatalan kontrak pada 25 Jun yang lalu tanpa pemberitahuan notis awal berkenaannya.

“Pihak kilang dan pengusaha utama sepatutnya memberitahu lebih awal berkenaan penamatan kontrak ini,” katanya.

Dalam pada itu, pihak pengusaha memohon supaya pihak SPAD memandang serius  berhubung tindakan pengusaha bas dan van  tersebut supaya tidak menjalankan aktiviti tanpa sah.

PERAKTODAY

Sementara itu, menurut Pengerusi Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) Ipoh Barat K.Christopher aduan tersebut akan dibawa ke peringkat atasan bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu pihak pengusaha berkenaan.

“Tindakan pantas perlu diambil  terhadap sesiapa yang terlibat bagi mengatasi perkara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");