Perak Hari Ini
Like

Penolong Pegawai Tanah Mengaku Terima Lima Suapan

July 3, 2015
161 Views
0 Comments
2 minutes read
Penolong Pegawai Tanah Mengaku Terima Lima Suapan

IPOH: Seorang penolong pegawai tanah mengaku bersalah atas lima tuduhan menerima suapan berjumlah RM7,572, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Sharwani Ramli dari Taman Pakatan Jaya Ulu Kinta, di sini, dituduh menerima suapan iaitu dua cek dan wang tunai yang dianggap komisen, dengan nilai antara RM1,500 hingga RM7,572.

Sharwani yang berkhidmat di Pejabat Daerah dan sebuah daerah di negeri ini mengaku menerima semua cek dan wang tunai dengan nilai tertera tersebut daripada Hoong Yoet Ming berkaitan dengan urusan kerja dalam bidang kuasa tertuduh selaku pegawai Tanah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menerima sekeping cek berjumlah RM1,500 daripada pengurus syarikat yang menjalankan perniagaan memindah pasir sejak Disember 2011 Hoong, pada 19 Disember 2011.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menerima wang tunai nilai RM1,500 pada 23 Februari 2012 dekat Jalan Pasir Puteh dan RM1,124.00 serta menandatangani baucar tunai daripada individu sama, di sini, pada 31 Mei 2012.

Sementara itu Sharwani turut menerima wang tunai bernilai cek bernilai sebanyak RM2,448 pada 2 Julai 2012.
Manakala bagi pertuduhan keempat, Sharwani juga dituduh menerima suapan wang tunai sebanyak RM1,000 daripada individu serupa pada 14 Jun 2012.

Susulan itu, Sharwani didakwa mengikut Seksyen 165 hukuman dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim, Rihaida Rafie kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap satu tuduhan berkenaan dan menetapkan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 bulan sekiranya gagal denda yang ditetapkan.

Pada 2 Disember lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan keatasnya dan menukar pengakuan berkenaan hari ini.

Komen & Pendapat

Leave a Reply