Perak Hari Ini
Like

Perak Negeri Pertama Terima Pengiktirafan (MyCSC) Clinic premium lesen

July 1, 2015
66 Views
0 Comments
2 minutes read
Perak Negeri Pertama Terima Pengiktirafan  (MyCSC) Clinic premium lesen

IPOH: Perak merupakan negeri pertama menerima pengiktirafan selaku pemilik MYCYBERSECURITY Clinic (MyCSC) premium lesen seumpamanya di Malaysia bagi program pembangunan Keusahawan.

Pengiktirafan tersebut diantara KPerak Implementation & Coordination Corporation dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Majlis penganugerahan lesen tersebut disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jelas Zambry, pengiktirafan dan kerjasama ini diharapkan dapat meningkatkan bidang-bidang keselamatan yang telah diperbincangkan selama ini menerusi penganjuran persidangan oleh MOSTI dan kerajaan negeri.

“Diharapkan hubungan yang baik diantara Cyber Security Malaysia dapat ditambah baik dengan adanya hubungan baik membantu negeri Perak menguruskan data keselematan yang berkaitan bidang komunikasi,” katanya.

MyCSC premium lesen merupakan satu program bagi menggalakkan pertumbuhan rangkaian MyCyberSecurity Clinic di seluruh Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia negeri Perak dipilih berdasarkan pencapaian dan perkembangan bidang IT ternyata maju berbanding negeri lain.

“MyCSC clinic merupakan insiatif CyberSecurity Malaysia dibangunkan khusus bagi menyediakan perkhidmatan forensik digital serta perkhidmatan pemulihan data,penyaringan data serta baik pulih cakera keras.

“Adanya pegangan MyCSC premium lesen, KPerak akan melahirkan lebih ramai usahawan melalui penggunaan teknologi,” katanya.

MyCSC premium lesen membentuk elemen Keusahawan menerusi latihan program latihan, rangkaian perniagaan, bantuan pemasaran dan bantuan teknikal.

Menerusi program ini juga adalah untuk memastikan usahawan lebih berkemahiran, berdaya saing serta mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi khususnya bidang keselematan siber.

Memorandum persefahaman (MOU) KPerak dengan CyberSecurity Malaysia merupakan satu langkah proaktif bagi menangani ancaman keselamatan siber di negeri ini amnya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply