Perak Hari Ini

Pergerakan Puteri Islam Perak Meraikan Anak Yatim

IPOH: Seramai 200 anak yatim menerima sumbangan aidilfitri dalam Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri anjuran Pergerakan Putri Islam Malaysia Negeri Perak yang diadakan di sini hari ini.

Mereka yang mewakili daerah antaranya dari Hilir Perak, Batang Padang dan Kinta Selatan diraikan dalam suasana yang meriah bertempat di Kediaman Menteri Besar di sini.

5

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Perak, Datin Seri Diraja Sharifah Zulkifli.

“Majlis jamuan Hari Raya ini diadakan khususnya bagi meraihkan anak-anak Puteri dan PPIM Perak secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

3

“Selain mengukuhkan ukhwah ia juga memberi peluang untuk berkenan anatara satu sama lain,” katanya.

Tambahnya GoogleDrive.com telah diwujudkan sebagai ruang untuk pemimpin dan guru- guru untuk memuat naik aktiviti yang dijalankan oleh Pergerakan Puteri Islam di daerah masing-masing.

4

Sementara menurut Norshafikah, 12 yang merupakan salah seorang penerima sumbangan puteri Islam dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung berasa gembira atas penerimaan sumbangan tersebut.

“Sumbangan seperti ini memberi kegembiraan dan suntikan semangat kepada saya untuk lebih aktif lagi,” katanya.

Bagi Siti Hajar Ashyikin Harun pula, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Simpang Empat berpendapat aktiviti sebegini cukup menarik dan seharusnya dianjurkan sebagai acara tradisi.

6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");