Panasnya Hari Ini

Pilih UMNO atau Najib – Bekas Menteri

KUALA LUMPUR: Pimpinan tertinggi UMNO harus memilih sama ada untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau menyelamatkan parti keramat UMNO dengan terpaksa bertindak mengorbankan Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Seri Zainuddin Maidin berkata, keputusan berada di dalam genggaman pemimpin UMNO untuk tidak membiarkan keadaan seperti sekarang terus berlarutan sehingga ianya menjadi lebih memalukan.

“Sekarang hanya terserah kepada pemimpin UMNO untuk memutuskan sama ada untuk membiarkan keadaan ini terus berlaku sehingga keadaan yang lebih buruk dan memalukan.

“Mereka mesti membuat pilihan yang bijak dan keputusan tegas berani samaada untuk menyelamatkan Najib atau untuk menyelamatkan UMNO sekalipun terpaksa mengorbankan Najib,”katanya melalui catatan terbaharu di blog beliau,zamkata.blogspot.com.

Katanya lagi, tindakan Perdana Menteri mengambil tindakan mahkamah terhadap Wall Street Journal (WSJ) tidak lagi boleh menyelamatkan dan membersihkan nama beliau.

“Tindakan itu sekadar dapat memanjangkan kuasanya buat sementara dalam keadaan tidak diyakini rakyat, ketidakstabilan politik dan kekeruhan ekonomi.

“Najib sekarang berada dalam keadaan dilema…jika berundur mengesahkan tuduhan…jika tidak berundur, maka sudah jelas kepadanya keadaan tidak lagi memihak kepadanya,”ujarnya.

Menurutnya lagi, keadaan UMNO kini semakin parah berikutan kepercayaan orang Melayu terhadap parti tersebut semakin terhakis.

“UMNO telah pun kehilangan kepercayaan dari orang Cina dan kepercayaan dari orang Melayu sedang terhakis dengan parahnya.

“Orang Melayu tiada lagi tempat kuat untuk bergantung. PAS juga sedang runtuh, UMNO berada pada taraf moral yang cukup rendah,”tulisnya.

Di akhir penulisan beliau, Zainuddin sekali lagi menegaskan bahawa ‘nafas’ terakhir UMNO sekarang terletak di tangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sebelum rakyat mencabutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");