Panasnya Hari Ini

PKR Usaha Tubuh Permuafakatan Baharu

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatannya sedang menukar corak pentabdiran melalui usaha mewujudkan permuafakatan politik yang baharu.

Memetik sumber daripada laman berita Freemalaysiatoday, tindakan tersebut diambil berikutan ekoran krisis negara yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permuafakatan itu melibatkan semua gerakan progresif termasuk badan bukan kerajaan (NGO) antaranya seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang baru sahaja diwujudkan.

“Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak merdeka lagi,” katanya menerusi satu kenyataan yang disampaikan melalui peguam beliau.

Tambahnya lagi, permuafakatan tersebut merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada langkah reformasi selain daripada memberikan pilihan yang benar-benar demokratik kepada Rakyat.

“Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita.

“Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");