Berita Hari Ini

Plaza Tol Di LPT2 Mula Beroperasi Hari Ini – LLM

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan pengoperasian 10 plaza tol di sepanjang jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) akan bermula Selasa.

Dalam kenyataan, LLM berkata objektif utama pengoperasian plaza tol LPT2 ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Plaza Tol Jabor berikutan pada masa ini pengguna di LPT1 yang ingin meneruskan perjalanan ke LPT2 terpaksa membuat bayaran tol di Plaza Tol Jabor dan membuat pusingan U untuk ke LPT2.

“Pengunaan tol di LPT2 adalah percuma, sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” menurut kenyataan itu.

Untuk itu mulai esok, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa henti dari LPT1 ke LPT2 dan hanya perlu membuat bayaran tol untuk keluar di mana-mana plaza tol LPT2 dengan kadar bayaran hanya dikenakan mengikut jarak perjalanan yang dilakukan di LPT1 sahaja.

Pengguna dinasihat menyimpan tiket transit dalam keadaan yang baik sepanjang berada di LPT1 dan/atau LPT2 untuk diserahkan kepada jurutol apabila keluar melalui mana-mana tol.

Jika terdapat sebarang kehilangan kad transit, pengguna akan dikenakan caj kad hilang dan caj kadar tol terjauh manakala bagi kerosakan tiket transit, pengguna akan dikenakan caj kadar tol terjauh.

Dalam pada itu, LLM juga menasihati pengguna untuk mengisi penuh minyak sebelum memasuki LPT2 memandangkan penyediaan stesen minyak di kawasan itu masih dalam proses.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");