Jenayah

Polis Marin gagal usaha seludup 49 Pati

TAWAU – Pasukan Polis Marin (Marin) Tawau mematahkan cubaan membawa masuk 49 pendatang asing tanpa izin (Pati) ke daerah ini, semalam.

Komander Marin Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, kesemua Pati berkenaan ditahan dalam operasi kira-kira 5.45 petang di sekitar Sungai Kalabakan dekat sini.

“Semasa operasi itu, pasukan peronda telah terserempak dengan dua bot jongkong dalam keadaan mencurigakan.

Setelah melakukan pemeriksaan terhadap kedua-dua bot jongkong itu, pasukan peronda mendapati 32 lelaki dan 17 wanita berusia dua hingga 55 tahun di dalam kedua-dua bot berkenaan, tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kedua-dua tekong bot jongkong berkenaan juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dalam salah sebuah bot berkenaan.

“Lelaki tempatan itu dipercayai cuba kembali ke negara ini tanpa menggunakan saluran dan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua Pati yang ditahan berasal dari Indonesia dan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");