Berita Hari Ini

Polis tak benar Sadia adakan perhimpunan

KUCHING – Polis membuat keputusan untuk tidak membenarkan Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia) meneruskan perarakan yang dirancang pada 22 Julai di bandar raya ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, keputusan itu dibuat demi kepentingan awam.

“Sadia tidak dibenar mengadakan perarakan pada 22 Julai 2015. Ini memandangkan perarakan itu merancang untuk melalui jalan di tengah-tengah bandar raya ini.

“Mana-mana perarakan seperti itu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selain mengganggu rutin harian dan pelanggaran hak rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihak polis, katanya, akan menguatkuasakan undang-undang itu dengan ketat.

Baru-baru ini penganjurnya, Peter John Jaban berkata perarakan itu bertujuan bagi mengingati kemerdekaan Sarawak daripada pemerintahan kolonial British pada 22 Julai 1963.

“Ia adalah bagi menunjukkan perpaduan kami kepada kerajaan negeri. Kami menjangkakan 5,000 orang akan berkonvoi dengan kereta, motosikal, basikal dan kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan ini,” katanya.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");