Jenayah

Premis alat ganti terbakar

GOMBAK – Sebuah premis dipercayai dijadikan alat penyimpanan alat ganti kenderaan di Taman Boltan di sini hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu sebanyak 70 peratus bangunan dua tingkat yang beroperasi lebih lima tahun itu terjejas.

Sumber berkata, anggota bomba terpaksa memotong pintu utama bagi membolehkan kerja pemadaman dilakukan.

“Kira-kira 20 anggota bomba Selayang dan Sungai Buloh dibantu pasukan bomba sukarela Gombak terlibat dalam operasi yang selesai sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian melibatkan kawasan premis berkeluasan 40×70 kaki persegi belum dapat dipastikan dan pemiliknya tiada di lokasi semasa kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tiada mangsa cedera atau maut semasa kejadian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");