Panasnya Hari Ini

PROTON Tawar Promosi Hebat Sempena Ulang Tahun Ke-30

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Berhad (PROTON) menawarkan promosi penjimatan bagi setiap pembelian kepada pelanggan dan pengguna PROTON sempena ulang tahunnya yang ke- 30.

“Tahun ini sangat istimewa bagi kita kerana kita meraikan ulangtahun yang ke -30.

“Selama ini, anda bersama kami dan anda tahu makna dan kepentingan apabila memiliki kereta buatan Negara sendiri…ianya merupakan satu sumbangan kepada masyarakat dan pembangunan untuk Negara ini,”kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Katanya lagi, sebagai tanda menghargai sokongan rakyat di Negara ini, kesemua ruang pameran PROTON di seluruh Negara menawarkan rebat sebanyak RM3,000 bermula 9 Julai sehingga 30 September tahun ini.

“PROTON menawarkan rebat sebanyak RM3,000 untuk semua jenis model PROTON kepada pelanggan yang berusia 30 tahun pada tahun ini, atau lahir pada tahun 1985.

“Bagi menambahkan lagi keterujaan anda, pemilik kereta PROTON boleh menukar kereta mereka dengan model kereta terbaharu PROTON dan memperolehi rebat RM100 bagi setiap tahun penggunaan kereta sedia ada di bawah Program Kesetiaan,”katanya lagi dalam satu kenyataan media, hari ini.

Harith turut berkata, PROTON juga turut menawarkan sebanyak RM30,000 bagi harga bersih (harga termasuk insurans dan cukai jalan) untuk keluaran PROTON Saga.

“Dengan promosi-promosi ini, setiap penjualan kereta keluaran PROTON, RM30 daripadanya akan diberikan kepada tiga badan kebajikam yang telah dipilih,”ujarnya,

Jelasnya lagi, pengguna masih boleh menikmati promosi dengan 1.99 peratus kadar faedah setahun bagi koleksi kereta Saga dan Iriz terpilih,100 peratus skim kewangan untuk kakitangan kerajaan serta tawaran terbaik buat graduan dan pelbagai lagi.

“Ini merupakan cara kami untuk kami berterima kasih kepada pelanggan kami yang sentiasa menyokong PROTON untuk tiga dekad.

“Anda boleh ke ruang pameran PROTON di seluruh Negara bagi memandu uji kenderaan kami dan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi dan tawaran terbaik dari proton, anda boleh ke laman web kami di at www.proton-edar.com.my.,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");