Sukan Hari Ini

Rafiq kutip pengalaman berharga

Kuala Lumpur: Pemain bowling negara Muhd Rafiq Ismail (gambar) gagal menyinar pada kejohanan Terbuka Dunia di Jepun baru-baru ini namun perjalanannya ke sana bukan sesuatu yang sia-sia.

Ia pengalaman pertama buat atlet berusia 18 tahun itu berentap dengan peserta handalan dunia di kejohanan terbuka yang menggunakan format Olimpik.

Rafiq yang mencetus sensasi baru apabila meraih tiga emas dan satu perak dalam penampilan pertama pada Sukan SEA Singapura bulan lalu terkandas pada pusingan awal dalam saingan membabitkan 130 peserta dari 52 negara.

“Memang agak kecewa kerana permainan saya tidak menjadi di sana. Mungkin saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan format Olimpik dengan lima game pada pusingan pertama.

Ia agak singkat bagi saya dan ini pengalaman pertama saya bermain dengan format ini di kejohanan terbuka.

“Ini pengalaman yang baik untuk saya supaya lebih bekerja keras selepas ini jika diberi peluang lagi menyertai kejohanan besar,” katanya kepada Arena Metro.

Pada kejohanan itu, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi muncul atlet terbaik negara apabila menamatkan saingan di tangga kelima, kurang 10 jatuhan pin dengan peserta nombor empat untuk mara ke final.

Menurut Rafiq yang menyambut Hari Raya bersama keluarga di Kuala Lumpur tahun ini akan meneruskan latihan seperti biasa dalam memperbaiki teknik balingannya.

“Sudah tidak ada kejohanan besar selepas ini tapi saya akan berlatih seperti biasa, dua jam sehari untuk memantapkan lagi kawalan kelajuan balingan bola,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");