Isu Panas

Rafizi sertai jelajah Gerakan Harapan Baru

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri ini.

Beliau yang menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru berkata, beliau akan terus menyokong gerakan tersebut selain bakal memberikan kerjasama baik bagi melancarkan operasi serta matlamat gerakan itu.

“Gerakan yang diketuai oleh Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang.

“Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Rafizi dalam pada itu turut menyuarakan keyakinan terhadap gerakan tersebut.

“Saya yakin pelancaran Gerakan Harapan Baru ini akan merintis kepada satu muafakat baru yang menyatukan semua pihak yang mahukan perubahan untuk menumpaskan Umno menjelang PRU14.

“Oleh itu, saya mengalu-alukan iltizam mereka untuk terus berjuang menentang Umno. Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");