Sukan Hari Ini

Rombak pengurusan

Kuala Lumpur: Sudah tiba masanya Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melakukan rombakan dalam pengurusan skuad negara dengan mewujudkan jawatan Pengarah Kejurulatihan yang dijangka mampu membawa perubahan besar kepada badan induk itu.

Cadangan itu dikemukakan bekas pemain dan kapten skuad negara Mohamad Abdul Hadi susulan kegagalan Malaysia menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik Rio 2016 selepas sekadar menamatkan saingan di tempat keenam kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium.

Jelas Mohamad, jawatan Pengarah Kejurulatihan wajar dilakukan seperti pendekatan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diberikan kepada seorang yang berpengalaman dan dilihat dapat menghapuskan keputusan caca marba sebelum ini terutama dalam soal melantik jurulatih kebangsaan.

“Pengarah Kejurulatihan ini bertanggungjawab ke atas semua pasukan, baik lelaki, remaja mahupun wanita.
“Biarlah Pengarah Kejurulatihan yang putuskan siapakah jurulatih yang layak membimbing satu-satu pasukan, bukan seperti sebelum ini yang banyak campur tangan.

“Invididu terbabit juga diberikan tanggungjawab melakukan beberapa keputusan lain,” katanya.
Jelas Mohamad, sekiranya ia benar-benar dilaksanakan, maka MHC bakal melalui satu perubahan besar, malah tidak mustahil impian layak ke Sukan Olimpik 2020 bakal tercapai.

“Bukan saya maksudkan Tai (Beng Hai) dan Stephen (Van Huizen) tidak bagus, tetapi rombakan perlu dilakukan dalam soal pembuat keputusan jika ingin melihat pasukan kita berjaya,” katanya.

Skuad negara kini terpaksa menunggu keputusan dari kejohanan empat benua lain untuk mengira untung nasib sama ada layak atau tidak ke Sukan Olimpik tahun selepas selepas gagal dalam misi di Belgium.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");