Panasnya Hari Ini

Rombakan Kabinet: Belum Mampu Kembalikan Keyakinan

KUALA LUMPUR: “(Jika) dia (Najib) baca komen orang ramai, dia akan tahu. Orang lahirkan pandangan mereka di Internet,” katanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tindakan rombakan kabinet yang berlaku baru-baru ini.

Memetik sumber daripada Mstar, berdasarkan pemerhatian beliau di blog dan laman sosial facebook masih belum menunjukkan lagi perubahan atau mengembalikan kenyakinan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Saya baca blog, Facebook…tak nampak lagi perubahan (kembalikan keyakinan),” katanya.

Beliau turut menyifatkan hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yakin anggota Kabinetnya ketika ini adalah yang terbaik.

Tambah beliau lagi, adalah menjadi hak Perdana Menteri untuk menentukan barisan Jemaah Menterinya.

“Kita berhadapan rombakan Kabinet setiap masa.

“Saya rasa PM fikir dia mempunyai Kabinet yang baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Hati di Prince Court Medical Centre di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata demikian susulan rombakan Kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang telah menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Diminta mengulas mengenai pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, Ahmad Zahid turut mempunyai kelayakan sama seperti pemimpin lain dalam kerajaan.

“Saya fikir dia berkelayakan seperti orang lain. Dia dapat undi tertinggi dalam undian (Naib Presiden Umno),” katanya yang hanya mengangguk apabila diajukan soalan sama ada Ahmad Zahid adalah pilihan yang tepat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");