Panasnya Hari Ini

Rombakan Kabinet: Muncul Pelbagai Tafsiran

KUALA LUMPUR: Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pertikaian dalaman parti dan kini rombakan kabinet telah menimbulkan pelbagai tafsiran negatif mahupun positif.

Menurut sumber seorang bekas pekerja laman berita Malaysiakini Hairul Ariffin Tuah, pula berpandangan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyedari ada wujudnya penolakan daripada penyokong UMNO sendiri dan harapan untuk beliau membawa BN menang Pilihanraya Umum ke-14 adalah tipis.

“Isu dalaman Negara semakin teruk (1MDB) dan isu dalaman parti gangguan daripada Tun Mahathir dan Muhyiddin keatas pentadbiran Najib bakal meroboh kekebalannya sebagai Perdana Menteri dan kemungkinan besar akan didakwa dan dipenjarakan jika beliau turun dari kerusi Perdana Menteri,” katanya.

Solusinya, Kerajaan Perpaduan (UG) atau Konsensus Nasional yang dicadangkan pembangkang (DAP dan PKR) adalah jalan terbaik bagi mengekalkan kekuasaan beliau dan sekaligus menyelamatkan beliau daripada jatuh begitu sahaja.

Tambahnya lagi, langkah terbaik adalah dengan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi melaksanakan Konsensus Nasional yang dirancang.

“Ini kerana Zahid adalah salah seorang daripada orang kuat Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi masih Timbalan Perdana Menteri.

“Kerjaya politik Zahid sebelum ini atas bantuan ketua pembangkang itu maka Zahid adalah orang yang paling layak untuk menjadikan Konsensus Nasional menjadi kenyataan dan sekaligus menyelamatkan beliau daripada Tun Mahathir Muhammad dan konco-konconya,” katanya lagi.

Zahid pula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dalam masa yang sama turut jawatan menteri di Kementerian Dalam Negeri.

“Buktinya pemimpin DAP dan PKR telah mula tampil mencadangkan Unity Government secara terbuka sejak bulan lepas setelah melihat ini adalah jalan keluar yang terbaik dan peluang cerah Pembangkang masuk ke dalam pentadbiran Kerajaan Pusat (Win Win Situation),” katanya.

Antara agenda lain adalah DAP memutuskan hubungan dengan PAS sebelum ini sebagai langkah awal untuk menyingkirkan PAS melaksanakan Hudud sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya.

“Oleh kerana adanya jalan mudah ini iaitu melalui Unity Government yang telah dilihat jelas oleh pemimpin DAP, maka isu Hudud dipertikaikan sehingga PAS disingkirkan daripada Pakatan Pembangkang sedangkan DAP telah pun bersetuju PAS boleh memperjuangkan Akidah dan Islam semasa Pasca Pilihanraya umum ke 13 yang lalu,” katanya.

Tambahnya lagi tindakan itu adalah untuk menghalang PAS daripada melaksanakannya setelah Pembangkang memegang Putrajaya (walaupun tidak sepenuhnya).

“Harus Diingatkan DAP adalah Parti Sekular yang menentang kewujudan Negara Islam sejak dahulu (sebelum terjadinya 13 Mei,” katanya.

“Jadi kita harus tunggu berapa peratus ketepatan pemerhatian saya ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");