Jenayah

Saksi nampak arwah terbabas angkara lori

PUTRAJAYA – “Saya nampak lori itu bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa sebelum mangsa jatuh tergolek dihadapan saya.

“Mujur ada jarak yang luas di hadapan dan saya sempat memberhentikan kenderaan bagi membantunya,” kata saksi pertama kejadian, Muhammad Soffyan Hamidi, 25.

Dalam kejadian yang mengorbankan wartawan Sinar Harian, Nik Norul Hidayat Nik Mustafa, 31.

[ARTIKEL BERKAITAN:? Wartawan Sinar Harian maut kemalangan

Nik Norul Hidayat, maut awal pagi semalam selepas dilanggar lari dalam kejadian di Kilometer 19.6 Lebuh Raya Elite.

Ujarnya, motosikal mangsa terbabas ke lorong paling kanan setelah bergesel dengan sebuah lori di lorong tengah yang secara tiba-tiba menukar haluan tanpa isyarat.

“Saya nampak motosikal mangsa terseret dan mangsa terjatuh. Lori itu pula tidak berhenti dan teruskan perjalanan,” katanya.

Beliau yang ketika itu memandu di lorong paling kanan bersama seorang lagi rakannya, segera turun melihat mangsa yang ketika itu tidak sedarkan diri.

“Pada waktu itu kenderaan semua laju-laju. Saya terpaksa buka lampu kecemasan, bimbang ada kenderaan lain yang tidak perasan dan seorang lagi rakan membantu mengawal lalu lintas,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Soffyan berkata, keadaan mangsa agak kritikal setelah terjatuh.

“Saya cuba longgarkan pakaian yang dipakainya yang ketika itu tidak sedarkan diri dan pada masa sama segera menghubungi pihak ambulan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");