Sukan Hari Ini

‘Sarawak bukan lawan mudah’

PERTAHANAN Tok Gajah, Zesh Rehman tekad memastikan Pahang meraih tiga mata apabila melayan kunjungan Sarawak saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini, malam esok.

Bekas pertahanan Queen Park Rangers (QPR) itu berkata, kemenangan 3-1 ke atas Selangor yang menamatkan badi di Shah Alam sembilan tahun membakar semangat mereka terus melakar rekod tanpa kalah lapan perlawanan berturut-turut setakat ini.

“Saya tidak mahu terlalu berpuas hati pencapaian yang ada setakat ini kerana tugas masih panjang dan berdepan lagi satu tugas berdepan Sarawak.

“Sebelum ini pusingan pertama, kami hanya sekadar seri tanpa jaringan dan ini membuktikan kekuatan lawan dan peluang seimbang buat kedua-dua pasukan,” katanya yang menghasilkan empat gol setakat ini dalam saingan liga.

Menurutnya, walaupun beraksi di laman sendiri memberikan kelebihan buat Pahang, namun cabaran lawan tidak boleh dipandang mudah dan mengharapkan rakan sepasukan kekal fokus dan mengelakkan kesilapan yang boleh mengundang padah.

“Dan saya pula akan berusaha menjalankan tugas diberikan oleh jurulatih (Zainal) sedaya mungkin dan tidak kisah diletakkan mana-mana posisi,” katanya.

Dalam pada itu, pemain berusia 31 tahun itu turut menagih sokongan padu peminat Tok Gajah dalam perlawanan pada Rabu ini (esok) untuk menaikkan lagi semangat pemain mencari kemenangan.

“Memang sudah terbukti selama ini, sokongan mereka (peminat) telah banyak membantu kami selama ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");