Panasnya Hari Ini

Sarawak Report Dakwa RM2 juta Dimasukkan Dalam Akaun Peribadi Rosmah

KUALA LUMPUR: Portal Sarawak Report sekali lagi menggemparkan Negara apabila mendakwa, wang sebanyak RM2 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Affin Bank yang dipercayai milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut laporan daripada laman portal berkenaan, sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun tersebut pada dua bulan pertama tahun ini.

“Berdasarkan dokumentasi yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), diantara 10 Februari hingga 23 April 2015, seorang lelaki bernama Roslan Sohari telah memasuki sebuah bank di Kuala Lumpur.

“Beliau telah memasukkan wang sebanyak RM2 juta kedalam akaun bank bernombor 1000 XXXX  XXXX, dimana penyiasat melaporkan ianya milik kepada ‘Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)’,” tulis Sarawak Report.

Sarawak Report juga turut mendakwa pihaknya mempunyai salinan transaksi tersebut.

Dalam laporan yang sama, Sarawak Report turut mendakwa akaun bank tersebut perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana dipercayai berkaitan dengan kehilangan dana 1MDB.

Terdahulu, portal berkenaan juga mendakwa bahawa hasil siasatan yang dilakukan oleh penyiasat persendirian yang tidak disebutkan namanya, melaporkan sejumlah wang daripada dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi yang dipercayai milik Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");