Sukan Hari Ini

‘Saya sentiasa di sini’

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) baru-baru ini menegaskan bola sepak Johor tetap terus maju walaupun tanpanya memegang jawatan nombor satu itu.

Menurutnya, beliau tidak perlu menjadi penaung diraja untuk memajukan bola sepak di negeri itu kerana penyokong bola sepak Johor yang akan membantu berbuat demikian.

“Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju.

“Saya tidak payah menjadi penaung diraja untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua (penyokong) untuk memajukan bola sepak Johor,” titahnya sejurus tamat perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor pada aksi tunggal saingan Liga Super, di sini, kelmarin.

Tunku Ismail turut berjanji akan terus berada bersama rakyat Johor dalam pelbagai lapangan meskipun bola sepak dan urusan negeri.

“Ikrar saya di hadapan bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri,” katanya di hadapan lebih 11,000 penonton.

Tunku Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong tegar Selangor, Ultrasel yang hadir memberi sokongan padu kepada pemain Gergasi Merah.

Tunku Ismail, dua hari lalu mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatan berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");