Sukan Hari Ini

Sedia galas cabaran

Montreal, Kanada: Pengurus Chelsea Jose Mourinho (gambar) tegas mengatakan bahawa juara Liga Perdana Inggeris itu tidak pernah merancang menambah kekuatan pasukan dan mendedahkan impiannya mempertahankan gelaran dengan barisan pemain sedia ada.

Selain pembelian penyerang Radamel Falcao dan perpindahan penjaga gol Petr Cech, Chelsea dilihat tidak aktif ketika tempoh perpindahan pemain musim panas berbanding Manchester United.

Dan walaupun Chelsea terus dikaitkan dengan perpindahan pertahanan England John Stones dari Everton, Mourinho tetap yakin bahawa tidak ada keperluan untuk kelabnya membelanjakan wang bagi membeli pemain.

“Ketika ini, kami tidak mahu pemain lain,” kata Mourinho.

“Sudah tentu kami akan terus bersedia kerana pasaran perpindahan pemain adalah terbuka dan jika ada kelab lain yang membida pemain kami, persediaan harus dilakukan.”

Mourinho mengesahkan kelabnya bakal menjual pertahanan Filipe Luis dan berkemungkinan besar mencari pengganti.
“Kami perlukan pertahanan kiri kerana kami akan menjual Filipe Luis, justeru kami perlu mencari pemain lain.

Tetapi tidak ada keperluan di posisi lain.”

Ketika Manchester United berusaha menambah kekuatan pasukan dengan pembelian pemain hebat seperti Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin, Mourinho tetap menyatakan kegembiraannya bersama barisan sedia ada.

Ditanya sama ada beliau menjadikan Liga Juara-Juara sebagai sasaran musim ini, Mourinho berkat: “Ia bukan objektif utama saya. Saya hanya ada satu objektif ketika ini iaitu untuk menang esok.

“Saya tidak ada objektif lain berbanding mahu meningkatkan tahap pasukan.

“Adalah satu cabaran bagus dapat meningkat bersama pemain baru. Saya rasa pemain kami gembira kerana kelab percayakan mereka.

“Kami berkata kepada mereka ‘Anda adalah juara, kami percayakan anda.’”
– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");