Sukan Hari Ini

Semangat Woods

Gainesville, AS: Tiger Woods tidak pernah terbayang mengambil masa terlalu lama untuk mengembalikan semula permainan terbaiknya selepas pembedahan belakang dan perubahan hayunan namun dia akan tetap meneruskan perancangannya.

“Kecewa tidak memenangi kejohanan golf? Ya. Namun saya tahu betapa ia semakin hampir. Saya hanya memerlukan beberapa pukulan untuk mengubah keputusan,” kata Woods semalam.

Woods bertindak sebagai hos pada kejohanan PGA National di Kelab Golf Robert Trent Jones dengan par-71 minggu ini, lapangan yang kali terakhir digunakan pemain ternama pada Piala Presiden 2005.

Woods, pemenang 14 gelaran utama dengan kejuaraan terakhir pada Terbuka AS 2008, merudum ke tangga ke-266 dalam ranking dunia ketika dia bergelut mengembalikan permainannya. Dia tidak menang sebarang kejuaraan sejak Firestone pada 2013.

“Saya tidak sangka ia mengambil masa lama sebegini, tapi saya fikir ‘short game’ saya sudah kembali,” kata Woods.

“Semuanya kini kembali. Saya meneruskan proses itu dan cuba meningkat setiap hari.

“Adakah seronok melalui semua ini? Tidak, ia menyukarkan. Saya tidak bertindak baik. Catatan yang sepatutnya 70 bertukar menjadi 74 atau lebih teruk lagi.”

Woods, 39, terlepas ‘cut’ dalam tiga daripada lapan kejohanan tahun ini termasuk Terbuka AS dan British, dengan keputusan terbaiknya berkongsi tangga ke-17 pada Masters AS, April lalu.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");