Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

Semua Orang Tahu Usaha Untuk Jatuhkan Najib – Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa desakan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan telah diketahui orang ramai dan ianya bukan satu konspirasi.

Mahathir mendakwa, gesaan beliau yang mendesak Najib melepaskan jawatannya dilakukan secara terbuka dan seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya.

“Apa yang kita tahu sekarang adalah saya telah secara terbuka menggesa beliau meletak jawatan. Tiada konspirasi.

“Hanya pengakuan terbuka kepada seluruh Negara bahawa saya ingin melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri,”katanya melalui penulisan terbaharu di blog beliau, chedet.cc.

Mahathir turut berkata, meskipun sebelum ini ada beberapa individu yang datang berjumpa beliau secara peribadi untuk menyampaikan tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, namun mereka tiada sebarang perancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Mungkin terdapat sebelum ini, tetapi selain daripada orang-orang yang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau.

“Itu bukan menyatakan bahawa mereka sebenarnya mengalu-alukan idea beliau meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan bawah tanah yang aktif dan tindakannya tidak ada,”tulisnya.

Mahathir turut mengulangi pendiriannya dengan tegas bahawa Najib perlu melepaskan jawatannya walau apa cara sekalipun.

“Di seluruh dunia, Presiden yang dipilih dan Perdana Menteri telah diminta atau terpaksa dan mereka semua melakukannya.

“Malah di sesetengah Negara, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, Menteri-Menteri, Perdana Menteri akan meletak jawatan,”katanya.

Katanya lagi, meskipun Najib telah dipilih sebagai Perdana Menteri, ianya tidak bermakna tiada siapa yang mempunyai hak untuk meminta Najib untuk berundur sebagai Perdana Menteri.

“Janganlah jadi bodoh dan menuntut bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa yang mempunyai hak untuk meminta beliau untuk berundur.

“Dia harus meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO dan ketua Barisan Nasional dan biarkan orang lain memimpin dan menjadi Perdana Menteri,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");