Sukan Hari Ini

Senarai Atlet Ke Program Podium Diumum Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Senarai nama atlet cemerlang pada Sukan SEA 2015 yang bakal diserapkan ke dalam Program Podium akan diumumkan bulan depan atau selewat-lewatnya September ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Program Podium merupakan program penyediaan atlet terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih merangkumi pemakanan, latihan, kemudahan, sains sukan dan kejurulatihan.

Khairy berkata beliau sudah mempunyai senarai beberapa nama atlet berkenaan dalam Program Podium yang dikelolakan di bawah Institut Sukan Negara (ISN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan surau baharu Majlis Sukan Negara (MSN) yang diberi nama Al-Faizin, sebelum menghadiri majlis berbuka puasa anjuran MSN, pada Rabu.

Beliau turut menjelaskan, penyenaraian nama atlet dalam Program Podium bukan sahaja terhad di peringkat Sukan SEA sahaja, tetapi turut melibatkan Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Dalam pada itu, Khairy berkata atlet yang meraih pingat pada Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun lepas akan menerima imbuhan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang akan dikreditkan ke dalam akaun atlet berkenaan selewat-lewatnya Khamis, melibatkan jumlah keseluruhan melebihi RM2 juta.

Beliau berkata pembahagian hadiah Shakam masih kekal seperti sebelum ini iaitu RM20,000 bagi pingat emas pertama dan emas berikutnya (RM10,000), manakala pingat perak (RM3,000) dan RM1,500 bagi perak berikutnya.

Pemenang pingat gangsa akan menerima RM1,000 manakala tambahan RM500 bagi pingat gangsa berikutnya.

“Jumlahnya agak besar kerana kita banyak tumpukan kepada emas tetapi kerana kali ini ada sasaran keseluruhan, maka kita berpendapat bahawa kita beri juga insentif kepada pemenang pingat perak dan gangsa,” kata Khairy.

Pada majlis berkenaan, Khairy turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada balu pegawai MSN serta penghuni Maahad Tahfiz Al-Quran dan Rumah Anak-Anak Yatim Al-Sagaff.

urau Al-Faizin yang menelan kos keseluruhan RM2.3 juta dan mula dibina pada 2012, boleh memuatkan sehingga 500 jemaah pada satu-satu masa.

Antara kemudahan yang disediakan di surau berkenaan khususnya kepada pegawai MSN serta atlet negara, adalah ruang wuduk lelaki dan wanita, tandas, mini perpustakaan, ruang pejabat dan bilik imam.

Pegawai MSN dan atlet negara yang menghuni asrama MSN di Bukit Jalil sebelum ini, menggunakan kemudahan surau di Casa 2 yang hanya boleh menempatkan 100 jemaah pada satu-satu masa.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");