Sukan Hari Ini

Sergio kekal bersama Real, United gigit jari

LONDON: Harapan Manchester United untuk mendapatkan pemain Real Madrid, Sergio Ramos kini lebur selepas pemain itu bersetuju bakal menyambung semula kontraknya untuk terus kekal.

Perjanjian bagi mengikat terus pemain skuad Los Blancos itu dijangka diumumkan sebelum saingan La Liga bermula pada 23 Ogos ini.

Perkembangan itu juga sekali gus menamatkan isu perpindahan pemain berkenaan yang menyaksikan hubungannya dengan Real menjadi dingin sejak penghujung musim lalu.

Kedua-dua pihak dikatakan sudah berpatah arang, sebelum pemain itu mengadakan pertemuan dari hati ke-hati, pertamanya dengan, José Ángel Sánchez dan kemudiannya, Florentino Pérez ketika menyertai jelajah Real ke China.

Ini menjadikan mereka kembali rapat sebelum akhirnya pemimpin kelab Real Madrid itu bersetuju dengan permintaan Ramos. Ramos, yang kontraknya bakal berakhir pada 2017, kini bersedia menamatkan kerjayanya di Bernabeu seperti diidamkan.

Tidak cukup dengan itu, dia juga bakal menerima kenaikan bayaran gaji kepada 9 juta euro (RM37.6 juta) semusim selepas cukai dan pelbagai lagi.

Bagi Real Madrid pula, mereka sudah mendapat pengganti Ike Casilla sebagai kapten baharu pasukan. – AGENSI

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");