Perak Hari Ini

Smart Reader Kids, Weil Hotel Rai Anak-Anak Yatim

IPOH: Smart Reader Worldwide dengan kerjasama WEIL Hotel meraikan kira-kira 30 anak-anak yatim daripada Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam dalam satu majlis berbuka puasa, di sini, hari ini.

Program ‘Iftar Ramadhan’ yang dianjurkan oleh Smart Reader Kids ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kanak-kanak Smart Tadris dan pelajar dari Sekolah Tahfiz Al- Quran Al-Barakah.

Smart Tadris merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Smart Reader Kids dengan menawarkan pembelajaran asas Agama Islam.

PERAK TODAY 3

Penasihat Kehormat Smart Tadris, Datuk Abu Hasan Din berkata, program Smart Tadris mengetengahkan pengetahuan asas agama dengan menggunakan metodologi pengajaran dan pembelajaran pintar.

“Program ini diwujudkan khas untuk kanak-kanak yang berumur antara dua hingga enam tahun,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif WEIL Resources Sdn Bhd, Liew Yu Wei berkata, program berbuka puasa seperti ini merupakan inisiatif yang diambil oleh hotel untuk memberi kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Ini merupakan inisiatif kami untuk membawa kegembiraan dan kemeriahan kepada kanak-kanak ini ketika Ramadhan.

“Saya percaya, majlis seperti ini akan memberi semangat kepada mereka kerana kita berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik,”katanya.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");