Panasnya Hari Ini

Spekulasi Rombakan Kabinet Selepas Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi timbul antaranya berkaitan rombakan kabinet yang hebat diperhebahkan bakal berlaku selepas Aidilfitri ini.

Memetik sumber daripada Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia dan penulisan di laman portal Therakyatpost hari ini menyatakan bahawa pertukaran pelbagai posisi jawatan termasuklah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC), Tan Sri Shahrir Samad yang turut menjadi sebutan.

Menurutnya, Shahrir antara yang disebut bakal dilantik menduduki semula Kabinet ke portfolio kanan.

“Shahrir adalah tokoh yang berpengaruh, disegani ramai dan berpengalaman luas yang boleh membantu Kabinet terutama dalam menghadapi situasi politik yang mencabar kebelakangan ini.

“Shahrir mungkin tidak selesa nama beliau menjadi mainan spekulasi yang belum pasti kesahihannya tetapi itulah resam dunia politik, yang terdedah kepada apa sahaja,” katanya.

Menurut Awang Selamat lagi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut akan mengalami perubahan bertukar potfolio baharu begitu juga dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula turut disebut menggantikan Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menerajui kementerian lain.

“Dua lagi menteri dijangka digugurkan, salah seorang akan ditawarkan sebagai pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel juga tulisnya berkemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan.

“Difahamkan, perubahan akan turut berlaku bagi jawatan tertentu di ibu pejabat UMNO,” jelasnya lagi.

“Biar sesulit mana sekalipun, akhirnya Presiden mahupun Perdana Menteri akan membuat penentuan.

“Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif.

Ujarnya, Najib memerlukan jentera dan pasukan baru yang bukan sahaja dinamik malah komited memberi sokongan kepadanya dalam situasi yang sukar dan berhadapan dengan krisis.

“Kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak.

“Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");