Isu Panas

Spekulasi untuk rosakkan hubungan

KUALA TERENGGANU – Pemuda Umno Negeri Terengganu menganggap isu peletakan jawatan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang digembar-gemburkan pelbagai pihak merupakan usaha pihak tertentu mengeruhkan hubungan wakil rakyat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Johari Abu Bakar berkata, penafian Ahmad berhubung isu berkenaan menunjukkan beliau sememangnya pemimpin berjiwa besar dan tidak akan sesekali mengkhianati parti.

“Isu itu dimainkan segelintir pihak untuk merosakkan hubungan wakil-wakil rakyat dengan Menteri Besar. Spekulasi bertiup semakin kencang apabila Adun Kijal seolah-olah mengkritik kepimpinan Menteri Besar pada sidang Dun sebelum ini.

“Namun tindakan Adun Kijal perlu dilihat dari sudut positif memandangkan beliau juga pernah memegang jawatan ketua tadbir lebih dahulu sebelum Menteri Besar,” katanya.

Mohd Johari bagaimanapun tidak menolak kemungkinan teguran diberikan Ahmad kerana beliau melihat ada perkara perlu dipertingkatkan dalam soal pengurusan dan pentadbiran negeri.

“Sebagai bekas menteri besar, beliau (Ahmad) hanya menegur dalam dewan kerana mungkin beliau lihat ada kelemahan dalam kepimpinan yang perlu diperbaiki.

“Khabar angin yang mengatakan tindakan beliau itu menjurus kepada peletakan jawatan adalah tidak benar,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Johari melihat spekulasi tidak sihat itu hanya mengundang persepsi negatif rakyat terhadap Ahmad yang melihat seolah-olah ada pihak mahu meletakkan Ahmad sebagai musuh Umno dan BN.

Katanya, penafian daripada Ahmad sudah cukup jelas dan beliau juga banyak berjasa ketika menjadi menteri besar serta menjawat jawatan Pengerusi Umno Negeri Terengganu, malah banyak berbakti kepada rakyat.

“Sepatutnya kita layan pemimpin dengan sebaiknya dan tidak memisahkan mana-mana pemimpin dalam kumpulan tertentu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");