Panasnya Hari Ini

Sudah Tiba Masanya Untuk Selamatkan UMNO

KUALA LUMPUR: “Sudah tiba masanya untuk menyelamatkan UMNO dan merelevankan parti keramat orang Melayu”.

Itu cadangan yang diutarakan oleh salah seorang Ahli UMNO, Rais Hussin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, harapan rakyat di negara ini telahpun dibincangkan dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Cheras, semalam.

“Harapan baharu untuk ‘membina’ semula UMNO  mestilah dibenarkan. Jangan hentikan.

“Tetapi, langkah yang diambil mestilah rasional dan juga melalui cara yang betul,” tegasnya.

Menurut beliau lagi, nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah melainkan bangsa itu yang mengubahnya sendiri.

“Tapi itu tidak bermakna menang bersorak, kampung tergadai.

“Kita tidak mahu ada ruang untuk pihak pembangkang memenangi hati rakyat. Kita mesti meletakkan kepentingan UMNO dan rakyat sebagai keutamaan,” katanya.

Ujarnya, mesyuarat UMNO yang dijangka berlangsung pada Jumaat ini akan menjadi sesuatu yang kritikal dan ahli UMNO tidak perlu ‘membunuh’ antara satu sama lain.

“Ahli UMNO perlu fokus pada isu yang terjadi dan uruskannya dengan penuh saksama dan kesedaran.

“Saya akan lantang bersuara demi kepentingan UMNO dan juga rakyat di Negara ini,” tegas beliau.

Kata Rais lagi, ahli UMNO perlu berani dalam menempuh detik-detik sukar seperti yang berlaku pada masa ini.

“Sekarang atau terlambat… Apa yang anda lakukan adalah demi kepentingan Melayu Islam di masa akan datang.

“Lakukan perkara yang betul dan berdoa…insya Allah, Allah akan membuat pilihan yang terbaik untuk kita,” tegasnya.

Tambahnya , sekarang adalah masa untuk memainkan prinsip dengan adab dan adat yang betul serta bukannya semata-matasa untuk kedudukan.

Rais Hussin adalah salah seorang ahli UMNO yang lantang dan berani bersuara untuk menyelamatkan parti keramat orang Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");