Jenayah

Surirumah terkejut dokumen peribadi disalah guna

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah terkejut apabila bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menjadi penjamin ke atas adik kenalannya yang gagal melunaskan pinjaman berjumlah RM10,000.

Menurut, Tan May Mai, 56, dia tidak menandatangani sebarang perjanjian bagaimanapun mengakui pernah menyerahkan dokumen peribadi kepada rakannya yang dipanggil Ah Chen itu bagi membuat pinjaman sebagai modal membuka warung pada Oktober dua tahun lalu.

Dia memaklumkan Ah Chen boleh membantunya mendapatkan pinjaman daripada sebuah organisasi bukan kerajaan.

“Suami menasihatkan supaya saya tidak membuat pinjaman berkenaan kerana terpaksa membuat bayaran bulanan sedangkan jumlah modal diterima juga tidak mencukupi untuk membuka sebuah warung.

“Seminggu selepas menyerahkan dokumen peribadi kepada Ah Chen, saya menghubungi dan memaklumkan tidak mahu membuat pinjaman berkenaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini.

Tertekan dengan masalah dihadapi May Mai telah membuat aduan kepada Ketua Biro MCA, Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon.

Akibat kegagalan adik Ah Chen bernama Ching melunaskan pinjaman berkenaan mangsa terpaksa menanggung hutang hampir RM9,000 selain terpaksa melantik peguam disebabkan kes berkenaan bakal dihadapkan ke mahkamah.

“Saya ada menghubungi Ah Chen untuk meminta penjelasan, namun wanita itu enggan bertanggungjawab.

“Saya juga syak mereka telah memanipulasi dokumen yang telah saya berikan sebelum ini, berdasarkan tandatangan di surat perjanjian itu ia bukan milik saya” katanya.

Berhubung penipuan terbabit, mangsa telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");