Jenayah

Susulan jejantas runtuh: Henti kerja serta-merta

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta terhadap kontraktor projek jejantas pejalan kaki di Jalan Genting Klang yang runtuh, Jumaat lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, ia bertujuan memberi laluan kepada siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, siasatan melibatkan polis, DBKL, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan konsultan.

“Kita perlu tunggu laporan pihak perunding serta polis untuk mengenal pasti punca runtuhan itu sama ada kecuaian kontraktor ataupun sebaliknya.

“Siasatan akan dilakukan dalam tempoh dua minggu dan jika berlaku kecuaian kontraktor, tindakan akan diambil,” katanya.

Sementara itu, polis sedang mengesan tekong bagi membantu siasatan berkaitan seorang pekerja warga Indonesia maut dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa dikenali sebagai Sabahri, 53, merupakan sub pekerja di tapak pembinaan.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dan punca kematian adalah kemalangan di tempat kerja. Ketika kejadian keadaan cuaca belum hujan, namun selepas runtuhan baru hujan. Kesemua pekerja lain telah melarikan diri semasa kejadian,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");