Jenayah

Syaf ‘terbang’ cabut nyawa

Banting: Impian bapa membawa keluarga membeli pakaian menyambut Syawal tidak kesampaian apabila anak sulungnya yang berusia tiga tahun maut terkena komponen syaf sebuah lori yang terpelanting di Kilometer 32 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, kanak-kanak lelaki itu maut selepas kepalanya terkena komponen syaf sebuah lori yang terpelanting menembusi cermin penumpang depan kereta.

Sumber berkata, ketika kejadian kereta dipandu bapa mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Telok Panglima Garang ke pekan Banting.

Namun setibanya di Jambatan Telok Datok, komponen syaf lori itu tercabut dan terpelanting menembusi cermin depan kiri kereta itu.

Katanya, ketika kejadian, ibu dan adik mangsa di tempat duduk belakang manakala mangsa berseorangan di kerusi penumpang hadapan.

Menurutnya, ketika itu keluarga berkenaan dalam perjalanan ke pekan Banting membeli pakaian sempena hari raya tidak lama lagi.

Sumber berkata, bapa mangsa yang bertugas sebagai guru di Sabah baru tiba di rumahnya beberapa jam sebelum itu.

“Petang itu bapa mangsa berhasrat membawa isteri dan dua anaknya membeli-belah sempena ketibaan hari raya,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan pada jam 6 petang.

Menurutnya, pemandu lori ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");