Jenayah

Syak kedai terbakar angkara khianat

GEMAS: Seorang pemilik kedai mengesyaki kebakaran rumah kedainya yang terletak berhadapan Pejabat Felda Jelai 3, di sini, petang Sabtu lalu, disebabkan unsur khianat kerana terdapat kesan gril tingkap di ruang tamu dipotong.

Pemilik kedai, Hassan Mustapa, 59, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga berada di kampung saudara di Kedah dan dikejutkan panggilan pekerja yang memaklumkan kedai mereka terbakar.

“Hampir 20 tahun saya berniaga di sini dan ini kejadian kali pertama kedai saya terbakar. Sebaik pulang, saya dapati terdapat kesan gril dipotong, mangga pintu antara rumah dan kedai juga dipotong serta terdapat satu papan set pisau cukur di belakang rumah kedai saya.

“Mungkin tidak sempat diambil. Saya serahkan kepada polis. Bagaimanapun, saya syak kemungkinan barangan dicuri ialah rokok memandangkan stok rokok berjumlah RM3,000 baru sahaja diterima sebelum saya ke Kedah,” katanya ditemui selepas kunjungan Adun Gemas, Abd Razak Ab Said di kediamannya di Jelai 3, kelmarin.

Hassan berkata, operasi kedai berkenaan telah diserahkan kepada anak keduanya, Nur Hidayah, 26, dan mereka sekeluarga baru mengubahsuai rumah kedai berkenaan Februari lalu.

Menurutnya, rumah kedai berkenaan dilengkapi kemudahan kamera litar tertutup (CCTV), namun, sejak diubah suai, dia tidak menyambungkan semula kemudahan berkenaan.

“Kami menganggarkan jumlah kerugian kira-kira RM500,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, kes masih lagi dalam siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");