Berita Hari Ini

Tabung untuk pelarian di negara ketiga

KLUANG – Dana tabung amanah pelarian yang dipersetujui penubuhannya oleh negara Asean akan disalur kepada negara ketiga yang memberi perlindungan kepada pelarian dan mangsa pemerdagangan manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara yang memberi perlindungan berkemungkinan terbeban dari segi mengurus apabila menerima mangsa terbabit.

Menurutnya, dana tersebut akan digunakan untuk menampung kos menguruskan pelarian dan mangsa pemerdagangan tersebut di negara ketiga terlibat.

“Dana itu boleh digunakan untuk membeli makanan, menyediakan pakaian dan tempat perlindungan serta membeli keperluan perubatan mangsa.

“Malah, masih ada komuniti antarabangsa yang meletakkan kesalahan kepada negara ketiga kononnya tidak memberi perlindungan sewajarnya tetapi tidak menyalahkan negara sumber yang menjadi punca permasalahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Alwi Ibrahim dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Lian Teck Meng.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan naskhah al-Quran kepada penghuni penjara terbabit dan sumbangan kepada 50 anak-anak yatim sekitar Simpang Renggam dan warga penjara.

Sebelum ini, negara Asean bersetuju menubuhkan tabung amanah untuk pembiayaan perlindungan mangsa pemerdagangan manusia.

Perkara itu dipersetujui semua 12 wakil pemimpin negara Asean yang hadir dalam Mesyuarat Tergempar Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan Pergerakan Migran Tidak Sah di Rantau Asia Tenggara di Hotel Grand Hyatt, baru-baru ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");