Sukan Hari Ini
Like

Tebus hampa

July 29, 2015
32 Views
0 Comments
1 minute read
Tebus hampa

Kuala Lumpur: Pelumba trek negara Muhammad Shah Firdaus Shahrom menerima suntikan semangat selepas menamatkan penggantungan 12 bulan susulan dakwaan penggunaan bahan terlarang apabila meraih pingat gangsa di final keirin siri kedua Piala Trek China di Beijing semalam.

Pelumba dari Johor itu terpaksa akur dengan kehebatan pencabar dari Korea Selatan Im Chaebin dan Pavel Vorzhev dari Kazashatan yang masing-masing meraih emas dan perak.

“Saingan final itu memang sengit kerana ada dua pelumba Korea dan China yang berpengalaman luas. Saya bersyukur kerana berjaya menebus kegagalan semalam (kelmarin) di final keirin siri pertama.

“Semalam (kelmarin) saya terjatuh tapi dapat meneruskan perlumbaan namun sekadar menduduki tempat keempat. Jadi kejayaan hari ini (semalam) mengubat kekecewaan itu,” katanya.

Tambahnya, kejayaan itu, yang pertama buatnya selepas berakhirnya penggantungan pada 31 Mei lalu akan terus membakar semangatnya selepas gagal meraih sebarang pingat di Piala Trek Jepun awal bulan ini.

Shah Firdaus dikenakan penggantungan 18 bulan pada April lalu selepas didapati positif menggunakan dexamethasone ketika bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis tahun lalu.

Hukuman itu yang dikira dari tarikh sampel diuji positif pada 31 Mei tahun lalu, kemudiannya dikurangkan kepada 12 bulan selepas pelumba berkenaan mengemukakan rayuan.

Kejayaan Shah Firdaus itu pingat tunggal diraih Malaysia dalam dua siri Grand Prix China selepas ketiadaan Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa yang tidak bersaing atas alasan kesihatan.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat

Leave a Reply