Jenayah

Tiada rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom

ALOR SETAR – Tidak ada laporan rakyat Malaysia mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di hadapan sebuah pusat karaoke di Padang Besar, Thailand pada 9.30 malam tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, kejadian yang berlaku di hadapan kedai Dragon Karaoke menyebabkan empat pekerja warga negara jiran itu tercedera.

“Setakat ini dilaporkan empat orang perempuan rakyat Thailand, seorang majikan dan tiga pekerja Dragon Karaoke cedera parah dan dihantar ke Hospital
Sadao dan Hatyai,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang di sebuah motosikal di hadapan pusat karaoke terbabit. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");