Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

Tiada Tolak Ansur Dengan Fahaman Ekstremis – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pendiriannya untuk tidak sama sekali membenarkan rakyat Malaysia mengamalkan dan bertolak ansur dengan fahaman ekstremis.

Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang agama, semua orang disaran supaya bersatu untuk menolak fahaman ekstremis.

“Jangan sesekali kita mengamalkan dan bertolak ansur dengan ekstremis…saya sebagai Perdana Menteri tidak akan benarkan itu berlaku,”tegasnya melalui penulisan terbaharu di blog beliau, najibrazak.com.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa sedih beliau apabila timbulnya pelbagai kesalahan dan kekejaman yang dilakukan atas nama Islam.

Kata beliau, perkara sebegini perlu dihentikan kerana Islam merupakan agama yang mementingkan keamanan dan kasih sayang.

“Di seluruh dunia, kita telah menyaksikan kesedihan di mana nama Islam digunakan untuk mewajarkan tindakan ekstremis.

“Kita mesti hentikan perkara ini. Kekejaman yang dilakukan memusnahkan nama baik Islam,”katanya.

Tulisnya lagi, konsep jihad juga telah disalahertikan bagi membenarkan kekejaman ektremis yang menggunapakai nama Islam.

“Kekejaman juga telah memusnahkan kehidupan manusia..anak-anak kecil yang tidak inginkan apa-apa kecuali kasih dan penjagaan dari ibubapa mereka.

“Orang-orang dewasa yang tidak mengharapkan apa-apa selain daripada untuk memperoleh kehidupan yang baik untuk diri mereka dan orang-orang yang mereka sayang,”luah beliau.

Tegas Najib lagi, amat penting buat kesemua umat Islam untuk berdiri dan menolak kepada tindakan ektremis-ekstremis yang telah memusnahkan nama Islam, kerana Islam merupakan agama keamanan dan kasih sayang.

Najib turut berkata, hanya melalui rundingan dan kerjasama sahaja dapat memerangi golongan ektremis daripada terus mengganas.

“Kita berjaya mencapai kemerdekaan tanpa peperangan…kita memulihkan hubungan dengan Indonesia juga secara aman..dan kita juga telah pulih daripada pelbagai peristiwa yang tragis.

“Setiap peristiwa itu adalah detik penting bagi Negara kita dan semuanya telah diperolehi melalui perbincangan dan rundingan,”tulisnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");