Membawang Hari Ini

Tiffany (Girls Generation) Diberi Peluang Mewawancara Tom Cruise

AHLI kumpulan Girls Generation iaitu Tiffany diberi peluang untuk mewawancara bintang terkenal Hollywood, Tom Cruise yang bakal berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.

Allkpop melaporkan, Tiffany bakal bertemu dengan Tom menerusi program temubual Entertainment Relay bagi mempromosikan filem terbaharunya, Mission Impossible: Rogue Nation.

Menurut wakil KBS, kepercayaan tersebut diberikan kepada penyanyi itu ekoran kebolehannya berbahasa Inggeris dengan baik.

“Ini bukan kali pertama Tiffany menemubual bintang Hollywood kerana sebelum ini dia pernah mewawancara Brad Pitt dan Tom Hiddleston.

“Selain kebolehannya berbahasa Inggeris dengan baik bakatnya sebagai pengacara juga cukup menyerlah terutamanya menerusi program Heart-A-Tag.

Temubual istimewa bersama Tom Cruise itu akan disiarkan pada 1 Ogos ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");