Jenayah

Tiga jahitan di kepala

Johor Bahru: Seorang murid lelaki darjah empat menerima tiga jahitan di kepala selepas dipukul dengan objek keras oleh seorang penunggang motosikal tidak dikenali, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2.45 petang di Jalan Danau 23, Taman Desa Jaya di sini, ketika mangsa berjalan ke Sekolah Agama Taman Desa Jaya dari kediamannya.

Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Mohamad dihampiri seorang lelaki dan memukul kepalanya dari belakang menggunakan objek keras mengakibatkan mangsa terjatuh sebelum melarikan diri dengan memecut motosikalnya.

Mangsa pulang ke rumah sebelum keluarga membawanya ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan serta membuat laporan polis di Balai Polis Taman Desa Cemerlang, di sini.

Kejadian yang menimpa mangsa dikongsi oleh ahli keluarganya menerusi laman sosial Facebook (FB) hingga menerima pelbagai reaksi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan kejadian berkenaan. Pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian, selain menjejaki suspek.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");