Jenayah

Tiga melecur dalam kebakaran

Gurun: Kejadian kebakaran mengakibatkan tiga pelajar Sekolah Agama Raudhatul Tahfiz (SMART) melecur apabila bangunan asrama mereka dijilat api, awal pagi semalam disifatkan sebagai di luar jangkaan.

Pengurus Pentadbiran SMART Mohd Saufie Said, 29, berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat berkaitan keselamatan pelajar selain membuat latihan kebakaran sekali sebulan bagi memastikan semua pelajar boleh bertindak cepat jika berlaku kebakaran.

Bagaimanapun, katanya, kejadian yang berlaku itu memang di luar jangkaan, namun bersyukur kerana semua pelajar dapat keluar dengan selamat walaupun tiga daripada mereka mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Kami sedih dengan kejadian yang berlaku, namun bersyukur kerana tiada kejadian lebih buruk berlaku meskipun tiga pelajar mengalami kecederaan.

“Sebelum ini, hanya pelajar perempuan yang menginap di asrama manakala semua pelajar lelaki menginap di bangunan kedai di Pekan Gurun.

“Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat daripada pihak berkuasa berkaitan isu keselamatan pelajar terutama ketika berdepan dengan kebakaran, kami mengambil inisiatif membina sebuah lagi bangunan asrama lelaki dan mereka baru berpindah kira-kira dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, sekolah berkenaan ditubuhkan sekitar tahun lalu dan mendapat lesen daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) yang mula berkuat kuasa pada 3 November 2014.

Difahamkan, sekolah itu ditubuhkan atas usaha bersama penyelia menerusi sumbangan ibu bapa pelajar sendiri. SMART kini mempunyai 87 pelajar iaitu 41 pelajar perempuan dan 46 pelajar lelaki berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");