Jenayah

Tiga pelajar tahfiz melecur

Gurun: Tiga pelajar lelaki berusia 10 hingga 15 tahun dari maahad tahfiz di Jalan Gunung Jerai, di sini, melecur di kepala, badan dan kaki akibat kebakaran, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi selepas asrama lelaki didiami mereka dijilat api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.06 pagi dan 15 orang anggota daripada BBP Guar Chempedak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pada 3.20 pagi, anggota mendapati kebakaran berkenaan membabitkan asrama pelajar lelaki, malah khemah bersebelahan asrama yang diperbuat daripada kanvas, kayu dan zink dan digunakan sebagai tempat belajar turut terbakar.

“Usaha memadamkan api dilakukan dan ketiga-tigs mangsa yang cedera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Yan untuk diberi rawatan,” katanya.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");