Perak Hari Ini

Tindakan Untuk Memburukkan Pucuk Pimpinan Negara- DS Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yakin dan percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan tampil menjawab segala persoalan dan pertuduhan yang telah dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau percaya bahawa pertuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak itu bertujuan untuk memberikan gambaran yang tidak baik terhadap pucuk pimpinan Negara.

“Ini merupakan satu tuduhan yang keterlaluan dan serius terhadap pemimpin Negara dan juga kerajaan.

“Bagi pihak kerajaan Negeri dan Barisan Nasional, kita berkeyakinan bahawa Perdana Menteri akan terus menjawab persoalan-persoalan yang dilemparkan ini,”katanya dalam satu sidang media selepas Program Sinar Kasih Aidilfitri, di sini, tengah hari tadi.

Zambry turut merasakan, Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang untuk menjaga integriti beliau sebagai Perdana Menteri.

“Saya juga yakin bahawa Perdana Menteri perlu mengambil tindakan-tindakan yang penting khususnya untuk menjaga integriti beliau sebagai seorang pemimpin dan kedudukan kerajaan kita.

“Hanya jalan perundangan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh pasukan bertindak (task force) yang dijalankan oleh kerajaan sahaja boleh menyelesaikan perkara ini,”tegasnya.

Beliau turut sependapat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan pemimpin-pemimpin parti yang lain supaya Perdana Menteri mengambil tindakan perundangan ke atas penyebar tuduhan tersebut.

“Saya sependapat dengan rakan-rakan saya yang lain seperti Menteri Dalam Negeri dan pemimpin parti yang lain agar Perdana Menteri mengambil tindakan perundangan keatas tuduhan liar yang dikemukakan itu,”katanya.

Beliau turut berkata, semua pihak perlu melihat isu ini dari pelbagai perspektif kerana perkara ini dimainkan oleh media luar Negara.

“Kita perlu melihat perkara ini dari semua keadaan kerana ianya dimainkan bukan dari dalam Negara, tetapi media luar yang memainkan perkara ini.

“Sekali lagi saya katakan, melalui task force yang diwujudkan, ianya pasti akan menjawab segala persoalan dan pertuduhan yang dilemparkan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");