Berita Hari Ini

Trafik Meningkat Di Lebuh Raya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan meningkat di beberapa tempat setakat 12.30 tengah hari, namun masih terkawal.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd ketika dihubungi Bernama melaporkan aliran trafik mula perlahan dari Putra Mahkota ke Nilai, Plaza Skudai ke Johor dan Slim River ke Sungai.

“Sebuah kenderaan pacuan empat roda rosak di Km284.1 arah selatan dari Putra Mahkota ke Nilai. Kenderaan berkenaan telah dialih, namun trafik masih perlahan,” katanya di sini Jumaat.

Katanya, trafik perlahan di Plaza Skudai ke Johor disebabkan penambahan kereta, tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik di Pantai Timur dilaporkan mula perlahan dari Karak berdekatan Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");