Panasnya Hari Ini
Like

Tukar Perdana Menteri Sahaja Tidak Cukup – Anwar

July 14, 2015
45 Views
0 Comments
2 minutes read
Tukar Perdana Menteri Sahaja Tidak Cukup – Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun jawatan Perdana Menteri bertukar tangan, ianya bukan penyelesaian kepada semua masalah.

Katanya lagi, sistem yang korup dan usang tidak akan berubah meskipun jawatan Perdana Menteri bertukar tangan.

“Menukar Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri tidak cukup buat rakyat.

“Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah,”katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Beliau berkata demikian melalui satu perutusan yang disampaikan melalui peguam beliau, hari ini.

Katanya lagi, rakyat Malaysia tidak memerlukan penyelesaian yang sedikit demi sedikit, sebaliknya perlu memberikan komitmen penuh kepada reformasi dan penghapusan rasuah.

“Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah.

“Usaha menukar Datuk Seri Najib yang diketuai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka sahaja,”ujarnya.

Anwar turut mendakwa, beberapa institusi utama di Negara ini perlu mengalami perubahan kerana gagal membendung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Antara institusi yang disebut beliau termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan juga pihak polis.

Di dalam kenyataannya juga, Anwar turut menggesa agar Akta Hasutan serta undang-undang antidemokrasi dimansuhkan.

“Pada masa yang sama, Akta Hasutan dan pelbagai jenis undang-undang lain yang bersifat kuku besi masih digunakan untuk menutup mulut rakyat.

“Dari sebalik tembok besi ini, saya berasa amat bimbang dan risau buat tanah air kita,”katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply