Panasnya Hari Ini

Tun M Tak Gentar

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau tidak takut jika berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kerana melemparkan kritikan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik sumber daripada Berita harian, beliau turut menafikan dakwaan terlibat dengan taktik pembangkang yang kini didakwa melancarkan konspirasi bagi menjatuhkan Perdana Menteri itu.

Tegasnya, kritikan yang dilemparkannya adalah secara terbuka dan beliau turut berpendapat bahawa Najib sewajarnya berhenti mengalas tugas sebagai Perdana Menteri.

“Ini bukan konspirasi (serangan dibuatnya terhadap Perdana Menteri), tetapi saya buat secara bersemuka dan saya fikir patutlah dia (Najib) berhenti (jadi Perdana Menteri).

“Nak gentar apa, ..kalau baca dalam Twitter atau dalam blog semua orang minta dia (Najib) berhenti, ..kalau dia (Najib) baca dalam itu pun dia tau la orang suruh dia berhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Star pada Khamis.

Pas dalam satu kenyataannya semalam turut mempersoalkan mengapa Dr Mahathir yang lantang mengkritik dan mendedahkan kepincangan 1MDB tidak diambil tindakan seperti yang dikenakan terhadap Rafizi Ramli dan Tony Pua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");