Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

Tunjuk Akaun Bank Sebagai Bukti – Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berupaya membersihkan semula nama beliau daripada tuduhan Wall Street Journal (WSJ) dengan menunjukkan bukti akaun bank milik beliau.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan menunjukkan akaun bank tersebut, Najib dapat menepis dakwaan WSJ yang mendakwa beliau telah mengambil dana kerajaan sebanyak RM2.6 bilion.

“Buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan bahawa ia tidak benar.

“Beliau mempunyai akaun-akaun bank, apa yang beliau patut buat ialah dengan berkata: ‘Anda periksalah akaun saya, anda lihatlah’,”katanya dalam satu temubual dengan BBC UK, memetik laporan Mstar.

Mahathir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tuduhan Najib yang mendakwa beliau telah ‘bekerjasama’ dengan media asing untuk menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

Dakwaan Najib itu berikutan keengganan beliau untuk mengikut kehendak Mahathir.

Terdahulu, WSJ dan Sarawak Report telah melaporkan bahawa satu dana kerajaan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi telah dinafikan oleh Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan terlibat dengan skandal tersebut.

Mahathir turut berkata, penafian Najib adalah tidak sekadar mencukupi bagi membersihkan nama beliau yang telah tercemar.

“Itu hanya penafian. Sesuatu penilaian hanya boleh dibuat dengan bukti. Anda kata anda menafikannya, marilah kita tengok akaun-akaun itu,”katanya dengan sinis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");