Sukan Hari Ini

Ujian sebenar Chong Wei

JIKA dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Terbuka Kanada tiada nama-nama besar, namun berbeza yang akan dilalui jaguh badminton negara, Datuk c dalam Grand Prix (GP) Emas Terbuka Taiwan yang membuka tirai, esok.

Selain pemain nombor satu dunia, Chen Long, Terbuka Taiwan turut menyaksikan penyertaan jaguh-jaguh dari China iaitu Lin Dan dan Wang Zhengming.

Malah berdasarkan undian kali ini juga, laluan pemain berusia 33 tahun itu jelas tidak semudah dua kejohanan sebelum ini.

Pemain Korea Selatan, Kim Doong Hoong menantinya pada pusingan pertama sebelum kemungkinan bertemu jaguh Indonesia, Tommy Sugiarto pada pusingan kedua.

Chong Wei yang sentiasa tenang memberitahu bahawa beliau tidak sabar untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

Bukan disebabkan yakin untuk menang, tetapi beliau ibaratkan Terbuka Taiwan sebagai pentas pertama bakal menguji kemampuan sebenarnya sebelum ke kejohanan dunia di Jakarta, Ogos nanti.

“Saya rasa saya bermain di Terbuka Kanada dan Terbuka Amerika Syarikat bukan yang terbaik, jadi saya harap di Taiwan saya bermain lebih baik bagi persediaan kejohanan akan datang seperti kejohanan dunia.

“Setakat ini semua bagus, cuma di Taiwan memerlukan lebih fokus dengan lawan yang lebih sukar daripada Terbuka Amerika dan Kanada,” katanya.

Hadiah buat Terrance

Chong Wei dijangka lebih bersemangat menjelang Terbuka Taiwan 2015 apabila isterinya, Datin Wong Mew Choo melahirkan anak kedua mereka, Khamis lalu.

Mew Choo yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.96 kilogram di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang tepat jam 4.38 petang Khamis.

Anak lelaki kedua itu diberi nama Terrance Lee.

Meskipun hanya dapat menemani isteri dan Terrance selama tiga hari sebelum berlepas ke Taiwan, namun dia akur kerana itulah pengorbanan yang perlu dilakukan dalam usaha mencari slot ke Sukan Olimpik Rio.

Oleh demikian, Chong Wei tekad menterjemahkan penampilannya di Taiwan sebagai sesuatu yang bermakna, berbaloi dengan pengorbanan dilakukan.

Chong Wei berkata, dia tidak melihat situasi yang berlaku sebagai satu tekanan kerana ia babitkan tanggungjawabnya kepada negara selain mahu memperbaiki kedudukan ranking bagi layak ke Olimpik 2016.

“Saya hanya sempat bersama mereka tiga hari sebelum ke Taiwan, tetapi apa boleh buat, ini merupakan pengorbanan saya untuk ke Sukan Olimpik.

“Saya tiada pilihan dan saya berharap dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik,” katanya.

Chong Wei juga berharap kelahiran anak keduanya akan memberi tuah kepadanya dalam usaha memburu slot ke Sukan Olimpik 2016.

Chong Wei dan Mew Choo yang berkahwin pada 9 November 2012 sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung lelaki diberi nama Kingston Lee yang kini sudah berusia dua tahun.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");