Isu Panas
Like

UMNO, PAS Mungkin Bersatu Menjelang PRU-14

July 3, 2015
170 Views
0 Comments
1 minute read
UMNO, PAS Mungkin Bersatu Menjelang PRU-14

KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS berkemungkinan akan bergabung dan mewujudkan kerjasama bagi membentuk kerajaan baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Seri Sabbaruddin Chik, berkata, ianya berkemungkinan berlaku sekiranya PAS sanggup untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu yang juga parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

“Penggabungan PAS dan UMNO adalah idea yang terbaik melihatkan kepada senario politik kini.

“Untuk melihat penggabungan ini berjaya, perlu melihat kesudian PAS untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang ada dalam BN,”katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pimpinan kanan BN yang tidak mahu dikenali turut menyatakan PAS dan UMNO akan bersama-sama berganding bahu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) yang disiarkan oleh sebuah portal.

“Saya percaya, sudah ada cakap-cakap kedua-dua parti tentang penggabungan ini.

“Jika tidak, mana mungkin perkara ini akan diperkatakan sekarang,”katanya.

Katanya lagi, kedua-dua parti tersebut perlu menamatkan segala persengketaan yang ada.

“Sampai bila nak bergaduh? Ini bukan waktu untuk bergaduh lagi. Kalau boleh bergabung itu adalah yang terbaik,”katanya.

Sabbaruddin turut berkata, kedua-dua parti ini perlu memikirkan penggabungan yang dilakukan itu akan membawa kebaikan kepada kepentingan Melayu dan Islam di Negara ini.

Komen & Pendapat

Leave a Reply