Sukan Hari Ini

Universiade: Skuad bola sepak Malaysia atasi Iran

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 di Gwangju, Korea Selatan mempamer kebangkitan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Iran, sebentar tadi.

Pada aksi kedua Kumpulan C itu, gol tunggal pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu dijaringkan pemain pertahanan, Mohamad Awang Kechik seawal minit ke-13 permainan.

Kemenangan menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga Kumpulan C selepas mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan.

Pada perlawanan pertama Khamis lepas, Malaysia tewas 2-1 kepada Brazil.

Begitupun, hari ini, Brazil tumbang 0-1 kepada Jepun dengan jaringan tunggal perlawanan diledakkan Go Hayama pada minit ke-66.

Malaysia dijadual menentang pendahulu Kumpulan C, Jepun pada Selasa ini dengan misi perlu menang seandainya mahu mara ke pusingan seterusnya.

-http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");