Berita Hari Ini

Upacara peringati tragedi MH17 esok

PUTRAJAYA – Esok akan berlangsungnya majlis memperingati tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang menghimpunkan waris-waris mangsa di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Majlis itu diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan, Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid berkata majlis itu akan diadakan secara bersederhana namun penuh penghormatan untuk mangsa tragedi itu.

“Ia akan menjadi majlis yang penuh kesederhanaan dan penghormatan, ia juga akan mengambilkira sensitiviti waris dan bulan Ramadan.

“Kita tak mahu kalau buat macam-macam akan timbul sensitiviti kepada keluarga yang hadir kerana apa yang penting adalah kita memperingati peristiwa (MH17) itu,” katanya.

Antara pengisian majlis yang bermula pada 10 pagi ialah tayangan slot video berkaitan rentetan peristiwa MH17 dan sesi bertafakur.

Ruhaiza berkata setakat Rabu lalu, seramai 180 orang waris telah mengesahkan kehadiran.

“Memandangkan kekangan keluasan tempat, kita hadkan empat orang bagi setiap satu keluarga,” katanya, sambil menambah menteri-menteri kabinet juga antara yang akan hadir.

Kompleks Bunga Raya KLIA juga merupakan venue penerimaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 itu yang dijalankan secara berperingkat tahun lepas.

Penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");